Tahun 2012 Bermula Dengan Semangat
Tahun 2012 bermakna tinggallah tahun 2011 menjadi kenangan. Ohho.. usia pun meningkat. Cabaran hidup semakin sengit dan segala-galanya memerlukan duit yang banyak. Demi mengejar kehidupan moden yang tidak ada penghujungnya.
Cuma pada kali ini aku tidak lagi termenung dan layu seperti sebelumnya. Sebenarnya bukan tak boleh maju tetapi komitmen lain menyebabkan aku terpaksa meninggalkan perkara yang ingin aku jayakan. Syukur plazacentre.net masih gah dilihat dan hahaha… aku tak pernah putus duit. Alhamdulillah walaupun tidak lah seberapa keuntungan perniagaan tetapi, tidak pernah pula aku rugi kerana perniagaan ku tidak memerlukan modal yang tinggi. Yang perlu hanyalah ilmu yang tinggi.
Harapan ku di tahun Naga Air ini, nasib ku dan rakan-rakan ku menyinar dan membawa kebahagiaan kepada semua manusia dimuka bumi ini sepertimana air sumber kehidupan dan naga sumber kemegahan.
Pstt: Naga bukan milik orang cina sahaja tau, bangsa melayu dan bangsa lain juga sudah mengetahui apa itu naga. Lain negara lain naganya.
Sekian
Bulan Jun 2011 China Guongzau Telah Ku Jejaki
Salam sejahtera, baru-baru ini saya dan isteri telah pergi ke goungzhau untuk menyertai kursus memborong. Boleh dikatakan harga disana tidaklah murah mana tetapi boleh menyangi harga lebih murah sedikit dari harga borong di Malaysia.
Macam-macam yang dirasa, lapar (maklumlah kedai amkan halal tak lah dekat dengan plaza borong), penat membeli belah, tapi yang pasti banyak barang berguna boleh dijumpai dan diniagakan di Malaysia jika mahu.
Kami sempat lagi honeymoon , kalau isteri saya memang shopping nie kesukaan beliau lah, duit jer kureng dan memang diperuntukkan untuk barang-barang tertentu sahaja.
Selama 5 hari 4 malam kami di Guongzhau memang ibarat tak cukup masa. Tips saya kalau nak kemana-mana di Guoungzhau, naiklah teksi, kerana tambangnya lebih murah berbanding di Malaysia. Naik Metro (macam LRT kita, sebijik pon) memanglah lebih murah tapi penat yang amat untuk jalan kaki. Maklumlah di Malaysia naik kereta, motor , jalan kaki susah sekali.
ha ha jumpa lagi…
Tips beli secara online
Beberapa tips membeli secara online supaya tidak ditipu.
1. Berhubung melalui SMS, ini kerana khidmat telepon bimbit kini memerlukan pendaftaran alamat . oleh itu jika berlaku sesuatu pihak kerajaan mudah mengesan penjual tersebut.
2. Buat survey harga market di internet bagi bandingan harga.
3. Berhubung dengan penjual dari masa kesemasa hingga produk yang dibeli sampai.
4. Pilih peniaga yang mendapat komen yang baik (reputasi) dari pembeli lain.
5. Jangan terpedaya dengan testimoni selidik mungkin itu komen rakan-rakan penjual. Testimoni biarlah dari pembeli sendiri… newbie
Perniagaan online lebih menjimatkan
Kenapa menjual online menjimatkan? tahukah anda perbelanjaan menjual secara offline?
1. Sewa kedai > RM500 sebulan
2. Renovate > RM10,000 sekali
3. Marketing > RM500 sebulan
Menjual secara offline boleh berjaya jika diletakkan ditempat tumpuan awam. bagaimana jika tempat tersebut bukan tempat tumpuan awam? maka nasiblah.
Jual online lebih jimat, marketing mudah jika iklan diletakkan ditempat yang menjadi tumpuan umum secara percuma.
Walaubagaimanapun jika digabungkan kaedah offline dan online adalah berganda lebih baik hasilnya.
Berkenaan koperasi plazacentre.net
Sudah 7 tahun plazacentre.net beroperasi
Jangan lupa mengujungi plazacentre.net yang baru
![]()
Akhirnya kami telah membina plazacentre.net version 2. anda boleh masuk dan guna di http://www.plazacentre.net/cgi-php/forumphp-v2/index.php .
Cubalah… memang best !



Kadang kala hidup perlu berkongsi
Pernahkah anda menghadapi masalah untuk membuka kedai. Modal yang banyak diperlukan? hmmm… sedangkan bekalan atau barangan yang hendak dijual adalah tidak sebanyak mana.
Disinilah perkongsian diperlukan, sama-ada sewa kedai atau beli kedai, katakan harga kedai 200,000. Kongsi dengan 10 orang, bermakna seorang hanya perlu membayar 20,000 untuk membeli kedai secara cash. Kalau kedai itu 100 x 100 persegi. Hmm bahagialah seorang 10 x 10 persegi untuk meletakkan barangan masing-masing. Begitulah cara yang lebih praktikal.