Tanggungjawab anda sebagai peniaga
1) Tanggungjawab dalam proses jual beli
- Menyemak kesediaan stok sebaik sahaja pesanan diterima.
- Memaklumkan kepada kami dan pelanggan berkaitan setiap proses/status setiap hari atau 2 hari sekali.
- Menggunakan bungkusan yang berkualiti dan memastikan produk yang hendak dihantar kepada pembeli berkualiti.
- Bertanggungjawab sekiranya produk yang dihantar tidak sempurna atau rosak sekiranya disebabkan oleh kecuaian pihak anda.
2) Carta aliran kerja
- Bahagian 1
- Bahagian 2 (sambungan)
3) Sentiasa memaklumkan kepada pembeli dan pihak kami status/proses penyediaan dan penghantaran produk
- Memaklumkan status penyediaan produk dari masa ke semasa amatlah penting bagi meyakinkan pelanggan dan mengurangkan kerisauan serta tanda tanya dalam hati pembeli.
- Ini akan menentukan samada plazacentre.net mendapat nama baik atau nama buruk diatas servis yang diberikan.
- Jika plazacentre.net mendapat testimoni yang baik, peniaga disini termasuk anda akan memperolehi manfaat dan mendapat lebih ramai pelanggan.
- Adalah wajib bagi anda selaku peniaga memaklumkan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
- Anda boleh memaklumkan samaada produk dalam semakan, produk sedang dalam proses pembungkusan, produk sedang dihantar ke pejabat kurier/pos , produk telah dipos, memberitahu nombor tracking, produk telah dihantar berdasarkan makluman oleh pihak kurier dan sebagainya.
- Berikut cara mudah memaklumkan melalui laman web plazacentre.net;



