Produk :Terma & Syarat

Terma & Syarat

1) Jaminan


  • Jaminan lazimnya diberi kepada pembeli dalam masa 7 hari dari tarikh pembeli menerima produk yang dibeli.
  • Sehubungan dengan itu pembeli digalakkan untuk memeriksa produk yang diterima, menggunaknnya bagi tujuan menguji produk tersebut.
  • Sekiranya selepas 7 hari pembeli tidak memaklumkan apa-apa kerosakan pada produk, jual beli dianggap selesai dan jaminan ditamatkan.
  • Walaubagaimanapun tempoh jaminan mungkin berbeza bagi setiap peniaga di plazacentre.net, sila perhatikan maklumat terperinci yang dimaklumkan oleh syarikat pembekal/vendor berkaitan tempoh jaminan dan keadaan yang diberi jaminan.
  • Jika kerosakan adalah disebabkan oleh kecuaian pembeli atau disebabkan oleh bencana alam, jaminan adalah terbatal dengan sendirinya.
  • Sekiranya kerosakan adalah disebabkan oleh syarikat pembekal/vendor, syarikat pembekal/vendor tersebut bertanggungjawab samaada menggantikan produk tersebut dengan produk yang sama yang tidak rosak atau menukar dengan produk lain bergantung dengan persetujuan antara pembeli dengan syarikat pembekal/vendor.
  • Kecuaian pembeli dalam memahami maklumat produk dan menyebabkan kesilapan pembelian juga akan menyebabkan jaminan dibatalkan.


2) Bayaran


  • Setiap produk yang dibeli dan telah ditempah hendaklah segera dibayar dalam masa 7 hari. Sekiranya gagal berbuat demikian produk tersebut boleh dijual kepada pembeli yang lain. Booking melebihi 7 hari adalah tidak dibenarkan.

3) Penghantaran produk


  • Produk hanya akan di hantar melalui pos. Kaedah lain adalah bergantung kepada cara syarikat pembekal/vendor melaksanakan penghantaran produk. Jangkamasa penghantaran lazimnya adalah dalam masa 7 hari bergantung kesediaan stok. Pembeli akan diemailkan makluman status proses jual beli hinggalah penghantaran dilakukan.
  • Kelewatan disebabkan oleh syarikat pos/kurier adalah bukan tanggunjawab kami.






Kami menerima pembayaran melalui medium Debit kad, Kredit kad atau pindahan bank sepertimana berikut:

             

Halaman pendaftaran sebagai peniaga (percuma) | Halaman memasukkan produk bagi peniaga berdaftar | Forum Rakan Niaga, berbincang dan bekerjasama dalam perniagaan | Time To Plug Network Entreprise

Klik pada video panduan dibawah untuk mempelajari cara membeli atau menjual di www.plazacentre.net
   
Merupakan kedai online, mementingkan amanah, beretika serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malasyaia SSM, Keyword kami: Malaysia, Jualan, Murah, Harga, Diskaun, Kedai, Online, Johor, Melaka, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan . Kami sentiasa mengadakan promosi, jualan murah untuk pengunjung. Kedai online promosi ini juga mesra pengguna, kedai online ini menggunakan kaedah shopping cart