Produk :Panduan Mengisi Produk Dan Mengetahui Maklumat Yang Wajib Diisi

Panduan Mengisi Borang Produk


1) Menambah Produk


  • Pertama sekali adalah login dahulu. Ohh anda telah pun login.
  • Di sebelah kiri halaman ada senarai menu, pilih menu Katalog dan ia akan membuka sub-menu, kemudian pilih sub-menu produk, anda akan dibawa ke halaman produk.
  • Halaman ini membolehkan anda menambah produk. Untuk tambah produk tekan butang + berwarna biru di sebelah kanan atas halaman.
  • Ia akan membawa anda ke ruang tambah produk dimana terdapat sub-menu kecil dalam bentuk TAB.
  • TAB yang akan diisi adalah pada tab General, Data dan Links. Manakala Tab Option adalah merupakan pilihan anda jika anda perlukan.




2) Mengisi ruang di Tab General


  • Dibahagian Tab General terdapat banyak ruangan yang perlu diisi. Pihak kami telah mewarnakan tajuk ruangan yang kami rasakan sudah cukup untuk anda isi bagi menyenaraikan produk anda dengan tulisan warna kuning oren.
  • Hanya ruangan Nama Produk, Diskripsi/penerangan dan Tajuk meta tag sahaja dikuningkan.
  • Untuk ruangan Nama produk anda boleh mengisi nama produk atau ditulis sekali dengan nombor kod. Terpulang pada kreativiti anda. Contoh "TV Plasma 5 inci P20034s "  atau "Periuk Keluli Dari German, 3 Set dalam 1" .
  • Untuk ruangan Diskripsi/penerangan, disinilah anda boleh bercerita secara terperinci. Anda boleh masukkan pelbagai maklumat seperti ukuran, berat, berkaitan jaminan, spesifikasi, warna, negara buatan, baru atau terpakai, jenama dan sebagainya. Dilarang sama sekali meletakkan nombor telepon dan alamat anda pada ruangan ini. Anda juga boleh memasukkan gambar dan video dari youtube yang ada berkaitan dengan produk anda sebagai tambahan.
  • Ruangan Tajuk meta tag adalah merupakan alat SEO supaya enjin carian boleh mengenalpasti intipati halaman berkaitan produk anda. Contoh TV Plasma, Tisu, Kereta. Ia bertindak seolah-olah seperti kata kunci.





3) Mengisi ruang di Tab Data


  • Diruangan tab ini terdapat tajuk yang diwarna oren kekuningan iaitu Imej, Syarikat Pembekal/Vendor , Harga, Kuantiti/stok yang masih ada, Status Out Of Stock yang dicadangkan di set kepada Out Of Stock dan Status.
  • Ruangan Imej adalah dimana anda perlu menekan butang di sebelah kanan tajuk. Anda akan nampak tetingkap dibuka dan membolehkan anda upload/memuat naik gambar produk anda dari komputer anda. Imej ini merupakan gambar utama produk yang akan dipaparkan dalam banyak halaman. Sekiranya anda mahu memasukkan gambar tambahan seperti gambar sisi, gambar pandangan atas produk, sila gunakan TAB Image. Imej amat penting dimasukkan.
  • Ruangan Syarikat Pembekal/Vendor adalah ruang untuk anda mengisi nama Syarikat anda sama seperti yang anda daftarkan dahulu. Bukan syarikat manufacturer tapi nama syarikat anda sendiri.
  • Ruangan Harga. Harga adalah dalam Ringgit Malaysia. Jika ianya RM 2.20 sen maka taiplah ruangan tersebut 2.20 .
  • Ruangan Kuantiti/stok yang masih ada adalah rungan dimana anda ingin memberi tahu bilangan produk yang tinggal di kedai anda. Saya sarankan supaya anda sentiasa semak baki produk anda ini supaya selari dengan baki di kedai anda. Ini bagi mengelakkan pembeli memesan produk anda tetapi sebenarnya produk itu tidak ada di kedai anda.
  • Ruangan Out Of Stock ini disarankan anda set kepada Out Of Stock juga.
  • Ruangan Status membolehkan anda enabled atau disabled produk anda. Sekiranya ada enabled, pelawat laman ini akan dapat melihat produk anda. Jika anda disabled produk anda tidak akan terpapar dimana-mana bahagian halaman laman web kami.




4) Mengisi ruang di Tab Links


  • Klik pada TAB links, akan terbuka satu sub-halaman. Hanya ada satu ruangan yang perlu diisi iaitu Ketegori. Lain adalah optional (tidak wajib)
  • Kategori ini lah yang akan menentukan dimana pecahan menu produk anda akan dipaparkan. Apa yang perlu anda buat ialah semak menu dimuka hadapan dan taip nama sub kategori, akan keluar nama penuh sub kategori tersebut. Pilih dan ia akan masuk dalam kekotak besar. Disarankan anda pilih satu sahaja sub-kategori.
  • Sekiranya tiada sub-kategori yang sesuai dengan jenis produk anda. Beritahu kami apakah produk anda dan kategori cadangan anda. Kami akan menambah sub-kategori tersebut dan kategori utama jika berkaitan.




5) Mengisi ruang di Tab Option


  • Di sub menu TAB option, anda boleh memperincikan lagi berkaitan saiz, design dan sebagainya.
  • Empat sahaja option standard di sediakan iaitu Saiz mengikut huruf yang mengandungi pilihan S,M,L,XL,XXL , Saiz mengikut nombor pilihan dari 1 hingga 60, Model A sampai J dan Design 1 hingga 10.
  • Di nasihatkan supaya pilih satu sahaja daripada 4 option yang diberikan supaya pembeli tidak terkeliru.










6) Simpan produk


  • Setelah selesai mengisi ruangan diperlukan. Tekan butang biru yang ada gambar diskette untuk menyimpan maklumat  produk anda di server ini.






Kami menerima pembayaran melalui medium Debit kad, Kredit kad atau pindahan bank sepertimana berikut:

             

Halaman pendaftaran sebagai peniaga (percuma) | Halaman memasukkan produk bagi peniaga berdaftar | Forum Rakan Niaga, berbincang dan bekerjasama dalam perniagaan | Time To Plug Network Entreprise

Klik pada video panduan dibawah untuk mempelajari cara membeli atau menjual di www.plazacentre.net
   
Merupakan kedai online, mementingkan amanah, beretika serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malasyaia SSM, Keyword kami: Malaysia, Jualan, Murah, Harga, Diskaun, Kedai, Online, Johor, Melaka, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan . Kami sentiasa mengadakan promosi, jualan murah untuk pengunjung. Kedai online promosi ini juga mesra pengguna, kedai online ini menggunakan kaedah shopping cart